即時報導 What's News

Headline News

Friday, November 6, 2009

Menang Tiga Satu

Ya, team kami mencapai kemenangan dengan mudah apabila bermain dengan cuma 12 orang. Hujan yang turun sejak lewat petang jelas menjejaskan kehadiran pemain-pemain. Itu pun mungkin kerana ramai yang dah mula bosan dengan terlalu banyak game.
Entah, harap-harap ini cuma fikiran kosong sahaja.

Seperti biasa, pasukan lawan dari "Air-con serivice unit UPM" tidak kelihatan sehingga hampir pukul enam, dan otai-otai Weds FC dah cukup panas warm-up dengan shooting practice mereka. Game bermain 2 half aja disebabkan kekurangan masa, apalah dengan penghujung tahun, memeang langit akan menjadi gelap dengan cepat.

Skrip perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan cuba menguji kehebatan masing-masing dan biasalah kita nampak dua-dua belah pun nampak fit dan laju. Dengan semangat yang tinggi dan jitu, pasukan Otai Wed FC meluru kedepan dalam serangan-serangan yg berpusu-pusu serperti ombak laut. Kebuntulan barisan serangan agak menghampakan tambah dengan saudara Kenny yang selalu tertangkap dengan trap offside lagi menyebabkan member-member "taruh sama dia". Ah, dah tua lah ni, sehingga saya tak ingat siapa dan bagaimana kita dapat membolosi gol mereka. Tak apalah, itu tak penting ma..

Game menyambung balik dengan kami masih berusaha untuk mencari gol kedua tetapi ini masih tidak berhasil. Gandingan Sifu Kim Tu dan Eric nampak bahaya tetapi cuma gol saja yang bertandusan. Apa nak buat, mungkin rezeki tak ada lah ni..Moral pasukan nampak turun mendadak apabila pasukan lawan dapat menyumbat gol hasil daripada jaringan kapten pasukan mereka yang dapat mengglecik saudara Kenny dan merembat masuk gol.

Namun demikian, seperti naga yang terbangun, maka teruslah team otai kami meningkatkan usaha untuk menjaring gol kemenangan. Bullet menjadi akitek gol kedua kami dengan penghantaran yang begitu tepak dari 70 ela kepada pemain termuda ah Chuen, yang mana beliau memotong kesemua pemain lawan dan menolak gol kedalam gawang yang kosong. Gol yang ketiga gua tak ingat siapa score liao.

Majulah Bolasepak Otai Wed FC.

Otai = old timer

No comments: